Selasa, 16 Februari 2010



Setiap tahun,bumi Mesir ini akan dikunjungi oleh seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi bagi para mahasiswa dan mahasiswi di sini untuk mencurahkan baktinya iaitu mengajar beberapa buah kitab kepada para penuntut ilmu. Oleh yang demikian,pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah dengan ini akan menganjurkan Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang akan dikelolakan oleh Badan & Unit Ilmiah dan Pengetahuan sesi 2009/2010. Berikut adalah butiran majlis tersebut :-

Tarikh : 16 Februari - 5 Mac 2010 M bersamaan 2 - 21 Rabi'ul Awal 1431 H

Masa : Sesi petang - selepas solat Asar

Sesi malam - selepas solat Isya'

Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek.


Nota penting :-

1) Daurah kitab oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki :-

Kitab : Adabul Mufrad

Tarikh : 16-21 Februari 2010

Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek


2) Keseluruhan kitab boleh didapati di meja jualan dengan harga yang berpatutan.


Dikesempatan ini, pihak MKKK mengalu-alukan kedatangan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ke Perlembahan Nil ini bagi meneruskan kelas pengajian yang saban tahun diadakan. Pihak MKKK amat berbesar hati di atas kunjungan Syeikh Nuruddin pada tahun ini. Pihak MKKK juga dengan ini ingin mengajak kepada seluruh ahli MKKK khususnya dan mahasiswa/wi Malaysia umumnya yang berada di Ardil Kinanah ini untuk sama-sama kita hadir ke majlis tafaqquh bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang yang ada dengan majlis ilmu. Selamat bertafaqquh kepada semua.

Untuk siaran langsung sila layari Al MUTTAQIN TV


Jadual pengajian

klik disini



0 Comments:

Post a Comment



Silaturrahim