This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Memaparkan catatan dengan label pena sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pena sahabat. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2010



Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

(Surah al 'Asr)




Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Moral : Buatlah persediaan secukupnya...


Sabtu, 2 Januari 2010

Sabar


SABAR ITU ‘MANIS’.

Sabar itu sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat disentuhi oleh tangan, tidak boleh dirasai dengan lidah dan tidak mampu dilihat dengan mata. Sabar itu juga dikatakan sesuatu yang indah bagi mereka yang menghayati kesannya. Ia juga disebut sesuatu yang manis bagi mereka yang dapat ‘merasainya’. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak mempunyai sifat sabar dalam diri mereka sebaliknya berbahagianya golongan bersabar kerana sifat sabar itu begitu indah apabila Allah mencukupkan ganjaran pahala yang tidak terhingga bagi mereka yang bersabar.


Allah berfirman dalam surah al-zumar 39:10;

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Mesti bersabar

Hendaklah manusia itu memupuk sifat sabar di dalam diri. Setiap ketika kita akan berhadapan dengan ujian, segala macam cubaan, pelbagai bentuk musibah. Maka bersabarlah.
Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabarlah ketika anda sedang berhadapan dengan Allah ketika ibadah solat, cukupkan syarat dan rukunnya, berusahalah supaya dapat merasai manisnya solat ketika anda sabar menyudahinya.
Begitu juga bersabar dalam menjauhi maksiat kepada Allah, bermujahadahlah menahan diri ketika timbul keinginan ingin melakukan perkara yang dilarangNya. Bersabarlah ketika anda melihat sahabat anda gembira berdua-duaan dengan pasangan yang bukan muhrim sambil bergurau senda, usik mengusik tanpa merasa berdosa sedikitpun kepada Allah, Usah khuatir, bersabarlah kerana anda juga akan melalui saat itu. Yakinilah apabila sampai satu ketika anda juga akan sepertinya bergurau senda bersama pasangan yang halal bagi anda. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu ada nikmat kemanisannya.
Dan bersabar juga dalam menghadapi musibah, ujian, dugaan, dan cubaan dari Allah. Datangnya ujian itu untuk mematangkan kita, untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, ada sedih dan gembiranya, ada pilu dan bahagianya. Jadikan sabar dalam menghadapi semua musibah ini sebagai tanda kasih sayang dan cintanya Allah kepada kita. Maka bersabarlah dalam apa jua bentuk keadaan yang diberikan Allah kepada kita hambaNya.
Salah satu nasihat Lukman kepada anaknya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikutan yang bermanfaat adalah juga tentang sifat sabar.

Allah berfirman dalam surah lukman 31: 17 ;

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Setiap manusia itu tetap akan diuji oleh Allah. Ujian yang pelbagai dalam bentuk yang berbeza. Gembiralah mereka yang dapat menahan ujian dan mampu menghadapinya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang tidak mampu, malah mengeluh bahkan sampai menyalahkan takdir.
Persoalan ‘kenapa mesti aku! kenapa mesti aku!’ selalu bermain dibibir mereka yang lemah keimanan dalam menerima ujian. Hindarilah dan jauhilah dari bersifat lemah. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian,


Allah berfirman dalam surah al-baqarah 2:286 yang bermaksud;

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.



Justeru itu yakinilah bahawa Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang kepada kita hambaNya. Dia tidak sama sekali akan menguji hambaNya terhadap sesuatu yang begitu menyeksa diri dan menyakiti kita. Jadi kenapa mesti kita masih menyalahkanNya! Malah kita perlu menerimanya dan menghadapinya dengan bijaksana. Allah juga begitu mencintai kita sehinggakan Dia telah membuka jalan dan ruang dengan menunjuki kita cara untuk mengatasi musibah atau ujian yang mendatang ini dengan sesuatu yang ‘manis’.


Bagaimana dengan sembahyang ?

Pasti kita hamba yang lemah ini, tertanya-tanya adakah dengan bersembahyang boleh mengatasi ujian yang Allah bagi? Ya, sudah tentu!
Sembahyang yang merupakan perintah khas dan khusus yang diwahyukan Allah kepada Rasullullah SAW tanpa perantaran Jibril ketika peristiwa isra’ dan mi’raj merupakan ibadah yang sangat penting serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cukupkan syarat, sempurnakan rukun-rukunnya, penuhi jiwa dengan kemanisan solat itu, maka anda akan merasa ‘sesuatu’ dengan sembahyang anda. Sesungguhnya dengan mengekalkan ibadah sembahyang ini, ianya dapat memberikan tenaga tambahan kepada kita bagi menghadapi cubaan dan ujian Allah ini. Percaya lah!


Firman Allah dalam surah al-baqarah 2:153;
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Akhirnya... anda, saya, dan sahabat-sahabat sekalian pasti akan merasai manisnya sifat sabar itu, indahnya kehidupan jika diiringi dengan redha Allah. Allah redha dengan hamba yang berusaha melaksanakan perintahnya menjauhi laranganNya. Perintah Allah agar hambaNya mempunyai sifat sabar, maka berusahalah menanam dan memupuk sifat tersebut. Ajaklah dan serulah sahabat-sahabat agar sama-sama berusaha. Dengan izin Allah kita semua akan memperolehinya. Berbahagialah duhai diri yang mendapat Redha Ilahi.




Hasil nukilan;
Siti Syafinaz binti Md Latif
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Isnin, 16 November 2009



Salam sejahtera selamanya buat semua, Email ini saya dapat dari seseorang, hasil coretan seorang ibu yang pada saya sangat baik untuk dikongsi bersama..Selamat membaca..

Allah anugerahkan anak ketiga saya cukup suka membawa pelbaga isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan -selalunya mengenai tanggungjawab kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata

"Tak apalah Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya
menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara
sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti.Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada
yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.

"Kerana Kasih-Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang .
Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh.

Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis
Qudsi,Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w.

"Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih-Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk.Wallahulam

DOA BUAT IBU BAPA

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



Petikan asal : http://www.masyitah-luvislam.blogspot.com/


Ahad, 23 Ogos 2009


nurramadhan


“Agar ramadhan kita diterima, maka kenalah jaga hubungan silaturrahim..” Kata Khatib memberi khutbah

jumaat serta mengingatkan para jemaah yang hadir.

“Yang pertamanya, kita perlu ikhlas dalam beribadat, seterusnya menjaga solat, membaca al-Quran, menjaga hubungan silaturrahim dan hubungan antara kedua ibu bapa..” Sambung Khatib lagi membuat kesimpulan di khutbah yang kedua.

Berapi-api kata-kata Khatib melontarkan khutbah kepada para hadirin. Body language jelas terpancar pada setiap gerak-gerik Khatib m

enunjukkan bahawa mereka golongan yang petah berpidato. Lancar ucapan, kuat hafalan.

Tidak ada hadirin yang berteleku menahan kantuk. Masing-masing seakan diinjek suntikan motivasi hebat.

Sirah baginda Rasulullah SAW terus menerpa

ke relung jiwa. Saat baginda berkhutbah suaranya lantang dan lancar, matanya menzahirkan semangat yang berkobar-kobar.

Jarang kita mempraktikkannya bukan?

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

“Sanatu tayyib..” Ucap masyarakat Mesir apabila muncul Ramadhan yang mulia.

“Enta tayyib, Ramadhan kareem, Allahu Akram.” Ucapan balas demi mendoakan kesejahteraan dunia akhirat.

Ada yang mendoakan supaya dapat berjumpa dan beribadat di bulan Ramadhan, namun tidak kesampaian. Kerana mereka telah ‘pergi tak kembali’. Ada yang diberi peluang Allah SWT menemui Ramadhan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya, malah mencecah ratus. Tetapi dilepaskan sia-sia.

Waktu muda beralasan sibuk bekerja, bila tua beralasan sakit urat sana sini. Akhirnya ianya pergi. Pergi bersama masa-masa lampau yang rugi.

Bersyukurlah, bersyukurlah andai Allah SWT menemukan kita dengan Ramadhan. Bersyukurlah jika bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Pencipta.

Menghadirkan Rasa Ikhlas

Ikhlas itu tonggaknya dalam beribadah. Niat dan amal yang ikhlas walaupun sekadar menyebut ‘Alhamdulillah, Subhanallah dan Allahu Akbar’ sudah mampu memberatkan timbangan mizan. Apatah lagi jika beribadah dengan amal-amal yang menggunung tinggi.

“Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).” (Al-Maidah: 85)

Apabila hadirnya rasa ikhlas dalam diri, nescaya segala peribadatan kita di bulan Ramadhan dan 11 bulan sebelumnya akan dihisab oleh Allah SWT dengan nilaian yang tak terhitung pada pandangan manusia.

Di kesempatan yang ada, saya Mohd Farid Bin Md Rashidi pemilik blog ini ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan’ kepada semua pengunjung teratak Faridrashidi.Com dan semua umat Islam seluruh dunia. Salam kemaafan andai ada tersilap kata.

Malam-malam yang kelam,
Terpancar cahaya,
Pada ufuk timur dan barat,
Alam bertasbih memuja,
Sayu bersahutan memanggil Ramadhan,
Agar neraca itu penuh amal kebajikan,

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!


4:07PM, 21 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.


Petikan dari : faridrashidi.com



AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...





Tabir Syaaban hampir berlabuh.Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati.Alhamdulilah,Ramadhan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga.Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya untuk menerima antara curahanterbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya.Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini,marilah kita mempersiapkan diri menyanbut Ramadhan dengan mengimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulai ini.

Ramadhan itu adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Islam.Pada bulan inilah Allah memfardukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatatkan sebagai kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.Firman Allah SWT dengan maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa,sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu,moga-moga kamu bertakwa. ( al-baqarah : 183 )

Di bulan Ramadhan juga,Allah SWT menurunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malamnya suatu malam yang dinamakan lailatul qadar yang mana ia adalah lebih utama daripada seribu bulan.Allah SWT berfirman dengan maksudnya : Didalam bulan Ramadhan itulah diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia... ( al-baqarah : 185)


Petikan dari : www.naqhiahkhalida88.blogspot.com


Silaturrahim