Sabtu, 19 Disember 2009

Traning & Consultancy


Assalamualaikum

Kepada semua sahabat group YK,

Penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan lain, berhasrat, bercadang dan berniat untuk menubuhkan satu organisasi/ pertubuhan syarikat secara serius mengenai Training & Consultancy. Organisasi ini insyaAllah akan bergerak di bawah bekas pelajr YK juga. Jika sekarang, kita hanya bergerak sebagai volunteer shj, kini kita ingin menerobos pasaran Malaysia InsyaAllah. Bersedia menjadi competative advantage kpada pasaran business sebegini. Ia merupakan satu organisasi yang bergerak berkonsepkan pembinaan modal insan, tampil dengan pelbagai bentuk latihan dan konsultansi yang pastinya akan melahirkan modal-modal insan yang lebih cemerlang dan multi skill. sebagai contoh, pembangunan pasukan kerja, kepimpinan, kaunseling, motivasi, seminar, bina insan,memperkasa belia remaja muslim, perkhidmatan fasilitaor dll.

Apa yang saya ingin ketengahkan di corner ini adalah;

Saya dimaklumkan, ramai di luar sana merupaakan bekas pelajr YK yang banyak input dan informasi yang berlegar dalam kotak pemikiran yang nak dilontarkan. Ramai yang dah bergerak dan banyak pengalaman yang perlu dikongsi bersama. Tambahan pula, ramai yang ceburi bidang profesional sebagai lecturer, lawyer, businessman, motivator,pendakwah , guru, pelajar (degree,MA,PHD) dll. Cadangan saya,kita garapkan semua idea dari golongan profesioanl ini (bekas yk) supaya jadikan satu organisasi yang cemerlang InsyaAllah

Jika sahabat-sahabat sekalian bersetuju dengan hasrat yang murni ini, sila lampirkan sebarang cadangan atau komen yang membina bagi meneruskan lagi hasrat murni ini.
*Penubuhan organisasi ini adalah satu cadangan yang masih lagi di alam maya dan perancangan strategi untuk menjayakannya. Walaubagaimana pun, perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. Sebaik-baik muslim, mereka yang banyak memberi kebaikan kepada org lain. Semga ilmu yang dipelajari ini, dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Insya Allah.

wallahualam.

"Lakukan kerja amal hanya kerana Allah tanpa mengharap balasan"


Regards,

...EXCO...
(Gabungan Alumni Yayasan Khairiah)

0 Comments:

Post a Comment



Silaturrahim